Thursday 14 March 2013 - 2 comments

AKTIVITI 1: Pop Oh Pop


Bahan yang diperlukan : belon(kecil),  pin
Tempoh masa: ½ hingga ¾ jam
Konsep: konsep penolakan

1.       Tampalkan 3 belon yang telah ditiupkan pada papan putih dan berikan masa kepada murid-murid untuk mengira bilangan belon di papan putih.
2.       Kemudian tanpa memberi sebarang tanda atau amaran, pecahkan salah satu belon daripada tiga belon.
3.       Murid-murid akan terkejut dengan aksi guru tersebut. Kemudian, guru terus bertanya kepada murid, “ berapa bilangan belon yang berbaki?” ( murid-murid akan berasa gembira bercakap tentang belon yang dipecahkan tadi).
4.       Minta salah seorang daripada murid-murid untuk menulis ayat matematik melibatkan permaslahan matematik sebentar tadi.
5.       Teruskan aktiviti ini untuk beberapa kali dan tingkat tahap dari semasa ke semasa (ini adalah untuk menarik minat murid untuk terus belajar)







2 comments:

husniyah bazlaa 14 March 2013 at 10:10

Assalamualaikum.

aktiviti yang menarik. belon ni budak2 memang suka sangat2.
untung kalau semua hepi, buat ada murid yang fobia.. mahu tak terkawal kelas nanti bila belon diletupkan. huhu

in shaa Allah, boleh murnikan dengan melibatkan lagi murid bersama bahan.

sebab realitinya murid akan teramat teruja dengan belon dan mereka nak rasa n pegang belon tu..if buat dalam kumpulan lagi ok rasanya.

utk tulis equation tu, sy rasa budak lemah tak boleh buat. mungkin boleh pertimbangkan cara yang lebih baik. duduk kan mereka dalam kumpulan ke? agar yang lemah dapat belajar dengan yang cerdik bagaimana equation itu terbentuk.

*maaf jika ada komen yang tak membina sebab nya tak nampak jelas pelaksanaannya. dan ini sekadar perkongsian spjg berada dalam bidang ni.maaf. ayat2 komen tak ilmiah.

Unknown 18 March 2013 at 21:42

bagus juga cadangan awak tu.. sentiasa ada penambah baikan.. terima kasih ye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...