Thursday 14 March 2013 - 2 comments

AKTIVITI 3: Asah Literasi Minda!


Bahan yang diperlukan: surat khabar, gunting, gam, pen marker dan kertas mahjung
Masa diperlukan: 60 minit
Aktiviti berkumpulan: 1 kumpulan 5 orang

Rasional aktiviti ini:
1.    Membina semangat kerjasama dalam berpasukan dalam kalangan murid-murid
2.    Menggalakkan aktiviti berpusatkan murid
3.    Menggalakkan murid-murid bersosial dan berinteraksi dengan lebih baik sesama rakan-rakan.
4.    Membina keyakinan diri murid dan meningkatkan perbendaharaan kosa kata murid-murid.
5.    Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah

Langkah aktiviti:
1.    Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 5 orang murid)
2.    Murid diminta oleh guru untuk menggunting satu gambar daripada surat khabar mengikut kumpulan.
3.    Gambar tersebut kemudian ditampal di atas kertas mahjung.
4.    Murid-murid dalam kumpulan tersebut diminta untuk membina beberapa ayat yang lengkap dan menjadikannya cerita pendek berdasarkan gambar yang dipilih.
5.    Murid-murid saling bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan yang diberi.
6. Setelah tamat masa diberikan selama 40 minit, murid akhirnya diminta untuk mempersembahkan hasil kreativiti mereka di hadapan khalayak rakan-rakan sekelas dengan bantuan guru.
7.    Guru membimbing murid-murid dan memberikan kesimpulan daripada aktiviti tersebut.
- 2 comments

AKTIVITI 2: JOM beraksi !


Bahan yang diperlukan : dadu, kad pemainan “aksi”
Tempoh masa: 15-20 minit
Konsep pengajaran: perkataan “aksi”
Persediaan: sediakan 5 hingga 9 kad “aksi” bergantung kepada saiz kelas. Pastikan akitiviti ini dilakukan dalam kumpulan terdiri daripada 3-5 ahli kumpulan dan sediakan 1 dadu dan 1 kad untuk setiap kumpulan. Kad “aksi” itu ditandakan dengan nombor (1-6).
1.      Setiap kumpulan menerima satu daripada kad “aksi” dan satu dadu.
2.      Permainan ini dimulakan apabila perkataan “action” dan apabila diminta berhenti sebutkan “cut”.
Peraturan: murid pertama membaling dadu dan hendaklah membaca perkataan yang selaride dengan nombor yang telah ditetapkan. Kemudian, mereka mesti mempersembahkan atau melakonkan aksi daripada perkataan. Apabila mereka tidak boleh melakonkannya, dia dikira kalah. Lakonan aksi akan berterusan sehingga guru berkata “cut”.

- 2 comments

AKTIVITI 1: Pop Oh Pop


Bahan yang diperlukan : belon(kecil),  pin
Tempoh masa: ½ hingga ¾ jam
Konsep: konsep penolakan

1.       Tampalkan 3 belon yang telah ditiupkan pada papan putih dan berikan masa kepada murid-murid untuk mengira bilangan belon di papan putih.
2.       Kemudian tanpa memberi sebarang tanda atau amaran, pecahkan salah satu belon daripada tiga belon.
3.       Murid-murid akan terkejut dengan aksi guru tersebut. Kemudian, guru terus bertanya kepada murid, “ berapa bilangan belon yang berbaki?” ( murid-murid akan berasa gembira bercakap tentang belon yang dipecahkan tadi).
4.       Minta salah seorang daripada murid-murid untuk menulis ayat matematik melibatkan permaslahan matematik sebentar tadi.
5.       Teruskan aktiviti ini untuk beberapa kali dan tingkat tahap dari semasa ke semasa (ini adalah untuk menarik minat murid untuk terus belajar)







Wednesday 13 March 2013 - 2 comments

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH


KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH


Richards (1990)
'Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan'

Alberto & Troutman (1986)
'Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran'

Sanford J., Emmer E. & Clemments B.)
'Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif'

Lemlech (1988)
“Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul”

Hall (2000)
'Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.'

Levin dan Nolan (2004)
'Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri'

Moore (2001) 
'Proses mengatur dan melaksanakan segala urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dgn sempurna'


Pengurusan bilik darjah yang efektif membantu mencapai sasaran seperti berikut:
·         Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
·         Membentuk suasana pembelajaran yang positif
·         Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid
·         Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum
·         Meningkatkan penglibatan murid dalam p&p
·         Mengurangkan masalah disiplin
·         Pengurusan rutin yang berkesan
·         Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri



Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari  mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.  Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakankawanataumusuhdalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran muridPersekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjahJika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.  Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

Peraturan dan rutin bilik darjah
Secara umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...