Monday 25 February 2013 - 0 comments

PERATURAN BILIK DARJAH


Definisi peraturan:
"Kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah" (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel 2008).
"Segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb}dan harus diturut atau dipatuhi (Kamus Dewan edisi ke-4 2005)

Prinsip Membentuk Peraturan
1.Munasabah mengikut tahap bilik darjah
2.Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami
3.Bermakna dan dipersetujui
4.Hadkan bilangan peraturan
5.Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
6.Selaras dengan peraturan sekolah

CONTOH PERATURAN BILIK DARJAH:


1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
6. Elakkan pembaziran.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Tidak menipu.
9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
10. Sentiasa mematuhi arahan guru


- 1 comments

Selamat Berkunjung

Selamat berkunjung ke blog ini ye


PENGENALAN:

Blog ini dibina pada 25 Februari 2013 dengan bertujuan untuk melengkapi tugasan projek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Blog ini diselia oleh 3 orang guru pelatih iaitu Muhammad Syamsul Anuar bin Othman, Muhammad A'rif bin Bahari dan Mohd Hafizudin bin Nazarali. Moga blog ini bermanfaat kepada warga pendidik sekalian. Kami mengalu-alukan respon dan komentar yang positif daripada pengunjung sekalian. Daripada kami untuk anda! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...